Nasional

Covid 19: SOP baharu akan dibentangkan – Dr Zaliha

KEPUTUSAN sama ada Malaysia akan memasuki fasa endemik Covid-19 akan dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan laporan mengenai cadangan baharu dan prosedur operasi standard (SOP) kepada kabinet minggu depan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia kini dalam peralihan kepada fasa endemik, yang bermula pada 1 April 2022.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KKM di sini hari ini, Dr Zaliha berkata kajian semula cadangan baharu dan SOP itu akan mengambil kira garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), situasi global Covid-19, dan jumlah jangkitan di negara.

“Kita akan umumkan status (peralihan) ini selepas saya bentangkan kepada kabinet. Jabatan Kesihatan Awam sudah pun mengesyorkan supaya kita melaksanakan SOP baharu,” katanya. -SM

Baca juga : Dua maut, kereta bertembung dengan motosikal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button