fbpx
Nasional

COVID-19: Jumlah sembuh melebihi 4,000 orang, catat kematian ke-100

NEGARA kini berada dalam fasa pemulihan COVID-19 dengan jumlah mereka yang sembuh kini adalah seramai  4,032 kes bersamaan dengan 68.91.% dari jumlah keseluruhan 5,851 kes jangkitan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah seramai 75 orang lagi sembuh hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 31 kes baharu dikesan iaitu jumlah harian terendah setakat ini.

Keseluruhan kes yang disedang dirawat di hospital adalah seramai 1,719 orang. Daripada jumlah itu  pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi adalah seramai 36 orang dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 1 kes kematian baharu pada hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun. Mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan strok.  Kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian di negara ini adalah sebanyak 100 kes.-SM


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button