Luar Negara

COVID-19: India catat 23,077 kes meningkat lagi 1,684

KES positif COVID-19 di India meningkat 1,684 dalam tempoh sehari, menjadikan keseluruhan berjumlah 23,077, kata Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Menurut kementerian jumlah keseluruhan korban pula seramai 718 orang.

Laporan sebelum ini menunjukkan jumlah kes sebanyak 21,393 manakala kematian seramai 681 orang, lapor agensi berita Sputnik.

Maharashtra mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 6,430, disusuli barat Gujarat 2,624 kes dan New Delhi dengan 2,376 kes.

Setakat ini, lebih 2.7 juta orang di seluruh dunia sudah dijangkiti, dengan lebih 190,000 kematian, menurut Johns Hopkins University. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button