fbpx
Nasional

Covid-19 cecah tiga angka, 100 kes baharu!

SELEPAS berminggu-minggu selesa dengan kes Covid-19 yang hanya dua angka, sebanyak 100 kes baharu Covid-19 dikesan semalam dan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 85 kes baharu melibatkan penularan tempatan dengan 62 adalah dari Kluster Benteng LD di Sabah.

Manakala baki 23 kes adalah dari Kluster Sungai masing-masing 22 di Kedah dan satu kes di Perlis.


Mengikut pecahan, 32 kes Kluster Benteng LD melibatkan warganegara Malaysia dan 30 kes lagi melibatkan bukan warganegara. Manakala kesemua 22 kes Kluster Sungai melibatkan warganegara Malaysia.

Sementara itu, 15 kes baharu melibatkan kes import membabitkan 13 bukan warganegara dan 2 warganegara Malaysia. Mereka pulang dari India, Indonesia, Pakistan dan India.

Pertambahan kes menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 295 kes.

Sementara itu hanya 12 kes sembuh dilaporkan manakala tiada kes kematian direkodkan.-SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button