Luar Negara

Covid-19: Brazil catat lebih 200,000 kematian dalam tempoh 10 bulan

SELEPAS kematian pertama kerana Covid-19 di Brazil, setakat ini lebih 200,011 kematian dicatatkan dalam tempoh 10 bulan lalu.

Selepas Amerika Syarikat (AS) yang turut mencatatkan kes kematian yang tinggi akibat pendamik Covid-19, Brazil belum mengemukakan sebarang rancangan vaksinasi.

Brazil kini berdepan  dengan kenaikan jumlah pesakit di hospital dan kematian yang menurut pakar, boleh menjadi fasa terburuk.

Jumlah jangkitan dan kematian baharu di negara amerika latin itu tidak pernah reda.

Baru-baru ini, Presiden Jair Bolsonaro mula mengesyorkan pemberian vaksin tetapi ia tidak akan diwajibkan.

Pengumuman Presiden itu dilihat sebagai kemenangan politik bagi Gabenor Sao Paulo, Joao Doria.

Tidak seperti kerajaan persekutuan, Doria bergerak lebih pantas untuk mengimport dan menghasilkan vaksin.

Beliau berkata, program vaksinasi akan bermula 25 Januari tetapi pengawal selia tempatan ANVISA belum membenarkan penggunaan kecemasan.

Permohonan rasmi untuk mendapatkan kebenaran akan segera dikemukakan pada Jumaat.

Menurut kerajaan negeri Sao Paulo, keberkesanan vaksin adalah 78 peratus untuk gejala ringan dan 100 peratus bagi kes serius.

Kira-kira 13,000 sukarelawan menyertai ujian klinikal yang bermula pada Jun lalu. Data mengenainya diserahkan kepada ANVISA semalam. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button