fbpx
Politik

Covid-19: Andaian Ibu Yati kini terbukti berlaku – NAJIB

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kes fitnah terhadap beberapa individu berhubung penularan Novel Coronavirus (Covid-19) digugurkan.

Ini kerana menurut beliau, dakwaan menyebabkan ketakutan awam oleh individu yang dikatakan menyebar maklumat palsu sudah tidak relevan lagi.

[BACA ARTIKEL] Covid-19: Hampir 2,000 kes baharu, lebih 1,500 kematian di Hubei – Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Convid-19: Indonesia haramkan jual kelawar, ular — Suara Merdeka

Perkembangan terbaharu mengenai penularan wabak itu juga dilihat semakin teruk. Malah, angka kematian kini mencecah 1,700 orang.

Berbanding waktu kenyataan yang dikatakan palsu itu disebar, mangsa Covid-19 hanyalah kurang 600 orang.


NAJIB RAZAK

Bagaimanapun, dakwaan terhadap penularan wabak tersebut yang digembar-gemburkan oleh beberapa individu termasuk seorang wartawan yang menggunakan nama Facebook, Ibu Yati terbukti betul.

“Timbalan Perdana Menteri yang umum kerajaan akan sekat kemasukan kapal persiaran dari China untuk elak risiko Covid-19 tidak dituduh menyebabkan ketakutan kepada orang awam?

“Gugurkan sahaja pendakwaan terhadap Ibu Yati kerana dia terbukti betul untuk meluahkan kebimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini. Malah, beliau turut menyindir pemimpin kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas.

Menurut Najib, tidak wajar andaian yang dilakukan oleh pemilik Facebook Ibu Yati mengenai kebimbangan kemasukan pelancong China kapal persiaran.

“Wartawan yang meluahkan kebimbangan tentang risiko Coronavirus akibat kemasukan pelancong China melalui kapal persiaran, dituduh sebar ‘Fake News’ dan didakwa dalam Mahkamah.

“Tommy kata tiada maaf dan kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebar berita palsu tentang Covid-19 dan ketakutan kepada orang awam,” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] Kes pertama COVID-19 dilaporkan di London — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] COVID-19: Lebih 25,000 doktor dikerah ke Hubei — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau turut berseloroh menasihatkan pemilik Facebook berkenaan supaya tidak memetik nama pemimpin DAP.

“CC: Ibu Yati, lain kali jangan petik nama LGE (Lim Guan Eng). Kalau tak petik, mungkin tidak didakwa,” guraunya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button