Nasional

Covid-19: 153 kes baharu, jumlah keseluruhan 1,183 kes

BILANGAN jangkitan Covit-19 di Malaysia terus meningkat apabila 153 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 1,183 orang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 90 kes baharu itu berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Sehingga kini, seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 23 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, terdapat 27 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 114 kes.-SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button