fbpx
Nasional

Covid-19: Satu lagi kematian libatkan kluster jemaah tabligh

SATU lagi kematian dilaporkan hari ini berkaitan wabak Covid-19 melibatkan jemaah tabligh sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu sebanyak empat orang di Malaysia.

[BACA ARTIKEL] Covid-19: Malaysia catat kematian ketiga libat kluster tabligh

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kematian terbaharu itu berlaku awal pagi tadi melibatkan kes ke-238 warga Malaysia berusia 50 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di ICU.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 1:30 pagi,” kata Dr. Noor Hisham.


Mangsa merupakan kluster jemaah tabligh ketiga yang meninggal dunia akibat virus maut tersebut di negara ini.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button