fbpx
Nasional

Coronavirus: Selepas Hubei, kerajaan sekat pelawat dari Zhejian dan Jiangsu

KERAJAAN meluaskan sekatan terhadap pelawat dari China bagi mengawal penularan wabak koronavirus. Sebelum ini hanya warga China dari wilayah Hubei dihalang daripada memasuki Malaysia hari ini mereka yang berasal atau pernah melawayt wilayah Zhejian dan Jiangsu pula disekat daripada memasuki negara.

Dua wilayah tersebut merangkumi tujuh bandar sementara wilayah Hubei merangkumi 16 bandar termasuk Wuhan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata,  Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa di China mengenai sekatan tersebut.

Setakat ini, didapati tidak ada keperluan untuk menyekat terus kemasukan dari China ke Malaysia, kecuali dari tiga wilayah membabitkan 23 bandar yang telah dikenakan ‘lock-down’ oleh pihak berkuasa China,” katanya.

Semalam, Wan Azizah berkata tiada keperluan Malaysia mengambil langkah menyekat kemasukan semua warga China.


Katanya, selain tidak mahu menimbulkan rasa panik, langkah itu juga berpandukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang belum mengeluarkan arahan sekatan perjalanan.

Sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif koronavirus di negara ini adalah sebanyak 16 orang, iaitu 12 warga China dan empat rakyat tempatan.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button