BeritaNasional

Netizen marah, minta Sajat hentikan ‘lakonan’

“MINTA maaf sambil makan. Nampak sangat tak serius.”

Itu antara komen ditinggalkan netizen berhubung permohonan maaf Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 35, yang disiarkan menerusi satu video pendek.

Rata-rata netizen marah dengan sikap yang ditunjukkan sekali gus mengandaikan perbuatan jutawan kosmetik itu tidak lebih daripada lakonan untuk mendapatkan publisiti semata-mata.

Antara komen lain yang ditinggalkan termasuk daripada Mohd. Lufty Jamaludin apabila berkata, “Sedih-sedih pun makan selera licin pinggan.”

Barli Ais menulis, “Ni slot akasia tajuk apa ek?”

Baragas Para pula berkata, “Macam tu je. Lepas ni geng-geng kau pun sama buat lepas tu minta maaf setel wakluuu.”

Shiba Mok menulis, “Ni wayang kulit Sajat je ni. Apa lagi lakonan dia nak buat tu…boxxx punya orang.”

Azuan Nordin: “Kau dah menghina agama. Kau ingat rumah Allah tu boleh bawa main-main ke ha. Kau ada duit ada segala-galanya boleh buat suka-suka hati kau ke Sajat.”

Rita Rita pula meminta pihak admin supaya tidak lagi menyiarkan kisah Sajat kerana dia tidak sanggup lagi melihat gelagat yang ditunjukkan.

BACA JUGA: Ulama, ustaz perlu bangun tentang perbuatan Sajat

Dalam masa sama, ada juga netizen meminta orang ramai supaya tidak membeli produk-produk yang dijual Sajat sebagai memberi peringatan kepada jutawan itu bahawa perbuatan menghina agama merupakan satu dosa besar.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button