BeritaNasional

Coronavirus: kerani bank ditahan sebar berita palsu

SEORANG lagi ditahan akibat sebar berita palsu berkaitan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov).

Mungkin panik atau teruja, menyebabkan pengguna media sosial bertindak menyebarkan sebarang maklumat tanpa usul periksa terutama berkaitan Coronavirus.

[BACA ARTIKEL] Empat disiasat, disyaki sebar maklumat palsu Coronavirus — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] Berita palsu: Aduan dilakukan oleh pihak berkepentingan politik, kata Ibu Yati – Suara Merdeka

Namun, tindakan sedemikian sememangnya tidak berbaloi apabila ditahan pihak berkuasa kerana menyebarkan berita palsu.

Seorang kerani bank dirampas telefon bimbit dan simkadnya selepas ditahan di Kuantan, Pahang akibat menyebarkan berita palsu dalam laman Facebook.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan memberitahu, wanita berusia 28 tahun itu didapati menyebarkan berita tidak benar tentang Coronavirus pada 27 Januari lalu.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

“Denda selanjutnya boleh dikenakan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan tanpa pensabitan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, seramai enam orang ditahan polis dipercayai menyebarkan kandungan palsu mengenai Coronavirus.

[BACA ARTIKEL] Kerajaan baru sedar penting akta berita palsu – Najib — Suara Merdeka

“Tindakan ini akan berterusan untuk memastikan penularan berita palsu dapat dikawal dan seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Isnin lalu, empat disiasat terlibat menyebarkan berita palsu berhubung penularan wabak Coronavirus.

Siasatan berkenaan dilakukan susulan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM bagi membanteras penyebaran berita tidak benar.

Justeru, orang awam digesa supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita mengenai Novel Coronavirus sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Hal demikian ekoran banyak maklumat disebarkan bertentangan dengan maklumat daripada Kementerian Kesihatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button