Politik

DAP bela rakyat Palestin, selar AS

KOMPONEN Pakatan Harapan (PH), DAP dipercayai cuba meraih perhatian masyarakat Islam dengan membela negara Palestin.

Setiausaha Antarabangsanya, Teo Nie Ching mengeluarkan kenyataan menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya tidak mengganggu usaha pendamaian negara teluk itu.

Beliau mendakwa, ‘Tawaran Abad Ini’ (DOTC) dicetuskan itu bakal menggagalkan usaha pendamaian terhadap Palestin.

“DOTC tersebut jelas berat sebelah kepada Israel dan telah diputuskan tanpa perbincangan dan persetujuan bersama rakyat Palestin.

“DAP menyeru agar semua pihak kembali ke meja rundingan terutamanya berdasarkan prinsip yang telah diterima semua dan mengambil kira rakyat Palestin sebagai suara paling penting dalam isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterbitkan portal Rocketkini.com hari ini.

Dalam pada itu, Nie Ching dilihat cuba memihak kepada rakyat Palestin apabila mendakwa tindakan unilateral Israel-Amerika dalam tempoh tiga tahun kebelakangan sebagai tindasan terhadap mereka.

“Isu pengisytiharan Baitulmuqaddis, sebagai ibu negara Israel, penggubalan undang-undang bercirikan apartheid dan pengumuman DOTC adalah penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Sekiranya perkara ini berlaku, Amerika Syarikat secara langsung menidakkan usaha pelbagai pihak selama ini untuk membawa pendamaian dalam konflik Timur Tengah,” jelasnya.

DAP ugut kerajaan?

Bagaimanapun, terdahulu Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, mengugut mahu keluar daripada kerajaan sekiranya UEC tidak diiktiraf.

Namun, beliau menafikan kenyataan tersebut yang dipetik menerusi satu temubualnya bersama akhbar Oriental Daily.

[BACA ARTIKEL] DAP akan keluar PH jika UEC tidak diiktiraf, kata Kor Ming — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] DAP tinggalkan PH: Kor Ming dakwa laporan Malaysiakini tidak tepat — Suara Merdeka

Menerusi temubual tersebut, Kor Ming dilaporkan berkata tidak kisah jika DAP tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah.

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” katanya.

Selepas tular dan turut dipetik oleh beberapa portal berita lain, beliau kemudian mendakwa Malaysiakini salah faham mengenai kenyataannya.

[BACA ARTIKEL] UEC: Kor Ming didesak tarik balik ugutan terhadap kerajaan — Suara Merdeka

Kor ming mendakwa, portal berkenaan membuat kesilapan apabila mengambilnya di luar konteks. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button