Luar Negara

Chaopraya Antique Cafe-makan sambil rendam kaki dalam air

Satu lagi tarikan industri pelancongan Thailand

BUKAN tiada dalam negara kita, Malaysia konsep makan-makan sambil kaki terendam dalam air sungai. Jika anda pandai cari tempatnya, anda akan ketemu.

Negara jiran, Thailand sememangnya giat dalam usaha mempromosikan industri pelancongan mereka dan di daerah Nonthaburi, para penggemar makanan dikatakan berpusu-pusu mengunjungi Chaopraya Antique Café.

Di situ terletak sebuah restoran di utara Bangkok di mana pengunjungnya boleh menikmati juadah dalam suasana ruang makan terbuka yang digenangi air.

Restoran tepi sungai itu diubah suai daripada rumah kayu dua tingkat yang telah dinaiki air banjir selama beberapa minggu susulan hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika, hujan monsoon dan air pasang.

Dalam pada musibah yang melanda, rupa-rupanya terselit hikmah apabila inovasi dan kreativiti pemilik rumah kayu dua tingkat itu ditransformasi menjadi restoran yang dianggap unik oleh pengunjung.


Keseronokkan yang dicetuskan kepada pengunjung yang memilih untuk menjamu selera di restoran ini ialah mereka perlu meranduk air sungai untuk sampai ke meja-meja makan.

Seronok kerana kami terendam dalam air sungai yang sejuk, para pengunjung restoran ini akan duduk di atas bangku yang disediakan di setiap meja makan sambil menikmati makanan yang dihidangkan sambil berlatarkan Menam Chao Praya atau Sungai Chao Praya.

Untuk pengetahuan, menam dalam Bahasa Thai bermaksud sungai.

Satu lagi kelebihan yang dapat dinikmati oleh para pengunjung ke restoran ini ialah apabila sesekali, bot penumpang melewati berhampiran tempat makan.

Pengunjung terpaksa berdiri bagi mengelakkan terkena percikan ombak kecik dan percikan air akibat laluan bot penumpang.

Memang seronok dan restoran ini juga menawarkan makan tengah hari bermula pukul 11 pagi waktu tempatan sehingga pukul 2 petang.

Antara sajian meju ialah fusion masakan yang dinamakan mukratha – masakan Thailand yang digabungkan dengan barbeku Korea dan periuk panas Cina. Ini boleh dinikmati dari pukul 3 petang dan lokasi restoran itu boleh menampung sehingga 40 orang pengunjung pada satu-satu masa.

Disebabkan ramai yang berminat untuk makan di restoran, menurut pengurus Chaopraya Antique Café, Jintana Jutimanon, restoran beroperasi pada Februari lalu terpaksa ditutup apabila kerajaan melaksanakan larangan perkhidmatan makan di restoran bermula Mei lalu untuk membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, apabila sekatan dikurangkan oleh kerajaan, berlaku pula ribut tropika dan hujan lebat menyebabkan paras air naik dan restoran itu ditenggelami air sejak 20 September lalu, sesuatu perlu dilakukan.

“Kami memutuskan untuk terus beroperasi walaupun dalam keadaan banjir. Anehnya, pelanggan yang datang sangat gembira sambil menikmati pengalaman makan dalam suasana unik dan menyeronokan ini.

“Dari situ, berita tersebar dari mulut ke mulut dan akhirnya restoran ini menjadi tempat makan yang popular,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung diberikan pilihan jika mahu menjamu selera seperti biasa di tingkat dua restoran berkenaan sambil menikmati pemandangan Menam Chao Praya ataupun menikmati barbeku yang dibakar di atas meja yang terendam dalam air.

Dalam masa yang sama, kata Jintana, pihak restoran turut mengambil pelbagai langkah bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung terpelihara seperti amalam pembersihan yang dilakukan di restoran iaitu sanitise.

“Kami gembira melihat para pelanggan menyukai pengalaman yang unik ini dan kami teruja menukar apa yang sebelum ini menjadi penghalang atau halangan kepada peluang yang tidak disangka-sangka,” ujar beliau. – SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button