Ekonomi

CEO UEM Sunrise letak jawatan

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (MD) UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib diumum meletakkan jawatannya.

Anwar Syahrin dilapor meletakkan jawatan berkuatkuasa pada 30 Oktober ini selepas satu makluman diterima Bursa Malaysia semalam.

Beliau dalam makluman tersebut diberitahu meletakkan jawatan kerana mencari peluang kerjaya lain.

Dalam pada itu, Anwar juga dilapor melepakan keahliannya dalam pembangunan Lembaga Pengarah, tadbir urus dan risiko serta jawatankuasa tender berkuat kuasa semalam.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas kepimpinan dan sumbangannya selama enam tahun ini.

“UEM Sunrise telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri.

“Dengan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia, Australia dan Afrika Selatan.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam segala usahanya pada masa depan.”

Kata Pengerusinya, Datuk Noorazman Abd. Aziz dalam satu kenyataan semalam yang turut menyatakan Lembaga Pengarah sedang mengenal pasti calon pengganti.

Beliau menambah sebuah Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah dibentuk bagi memberikan penyeliaan secara am dan tadbir urus semasa tempoh peralihan.

Justeru, kepercayaan penuh diberikan Lembaga Pengarah kepada pasukan pengurusan dalam menguruskan operasi harian syarikat.

Selain memastikan tiada gangguan terhadap kecemerlangan produk dan perkhidmatan UEM Sunrise.

Anwar sebelum ini dilantik sebagai CEO dan MD UEM Sunrise pada 1 September 2014.

Sebelum memasuki UEM Sunrise, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan di MMC Corporation Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). – SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button