Hiburan

Fad Bocey timang cahaya mata ke empat

Pelawak popular, Fad Bocey dikurniakan cahaya mata ke empat selepas isterinya, Nur Syahirah A. Rahman selamat bersalin awal pagi tadi.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh pelawak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Assalammualaikum, salam subuh semua. Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Fad turut memberitahu nama yang bakal diberikan kepada bayinya iaitu Ibrahim Jibriel selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.

Turut berkongsi kegembiraan dengan ucapan tahniah di ruangan komen ialah rakan-rakan selebriti seperti Rahim, Zizan Razak, Almy Nadia, Syamsul Yusof dan Marsha.

Fad dan Syaheera bernikah pada 14 Mac 2015.

Hasil perkahwinan selama lima tahun itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal. -SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button