Cara betul simpan ubat agar tidak cepat rosak
APABILA tiba musim sakit, pasti kita sebagai manusia menjadi tidak selesa dengan perubahan suhu badan sendiri.
Begitu juga kalau dengan anak kecil yang tiba-tiba tidak sihat, kita sebagai ibu bapa pasti akan berasa risau.
Sehubungan itu, pada musim sakit sebegini, persediaan ubat-ubatan di rumah adalah menjadi satu keperluan.
Melihat pada musim ramai orang terkena demam mengejut ketika ini, ubat demam wajib disimpan sebagai stok.
Namun adakah ubat demam yang kita simpan sebagai stok itu disimpan dengan baik?
Di pasaran terdapat banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Pakar kesihatan menjelaskan, ubat demam dalam bentuk cecair telah dibotolkan sesuai untuk sekali penggunaan bagi seorang pesakit dengan kuantiti di antara 60ml – 100ml.
Dengan kekerapan pengambilan 4 kali sehari, ubat tersebut sepatutnya habis dalam tempoh 3 hari, begitu juga dengan demam yang dijangka kebah dalam masa 3 hari.
Selain sering digunakan oleh kanak-kanak, ubat demam dalam bentuk cecair sebenarnya tidak perlu pun disimpan dalam peti sejuk.
Sebaiknya jika sudah pun menggunakan ubat tersebut digunakan dan tidak habis, ia perlulah dibuang selepas minggu kedua atau ketiga.