“MASING-masing buta ke? Tak nampak ke surat saman tu tulis perkataan MOTOKAR? Bukannya motosikal,” ujar peminat Haqiem Stopa.
Bagi Nurkhirah Manap, memang membawa kereta tanpa lesen adalah satu kesalahan dan Haqiem Stopa sepatutnya menyedari hal ini.
“Namun demikian, ia tetap takkan menghilangkan status atau gelaran ikon permotoran yang dikecapi Haqiem Stopa daripada KBS sebelum ini.
“Saya percaya Haqiem Stopa ada lesen motosikal, paling kurang B2. Kalau nak ambil lesen D kan biasanya lama. Mungkin itu sebabnya,” ujar Nurkhirah.
Nurkhirah berkata demikian dalam salah satu komen dan meminta netizen lain yang tidak menyukai Haqiem Stopa agar berpada-padalah.
“Awak semua kena tahu bahawa Haqiem Stopa adalah IKON PERMOTORAN. Bukan IKON PERKERETAAN. Jangan kaitkan semua perkara dalam satu masalah,” tegasnya.
Artikel berkaitan > Polis sahkan saman ‘Ikon Permotoran’ terkenal memandu tanpa lesen