Program Tarif Elektrik Hijau diteruskan, premium kekal hingga Dis 2025
Program Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) akan diteruskan bagi tahun 2025 dengan
tawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600GWj dengan kadar premium yang sama iaitu 10sen/kWj untuk pengguna voltan rendah dan 20sen/kWj bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam satu kenyataan berkata, selain itu, beberapa penambahbaikan turut diperkenalkan mulai tahun 2025 termasuk pembukaan langganan jangka masa panjang bagi membolehkan pengguna membuat langganan GET sehingga tahun 2027.
Penawaran baharu ini akan memberikan kepastian (certainty) dalam perancangan langganan bekalan elektrik hijau oleh syarikat korporat dan industri.
Program GET yang diperkenalkan pada tahun 2021, merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan yang menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
Sejak diperkenalkan, Program GET telah membekalkan secara kumulatif sebanyak 9,400 GWj bekalan elektrik hijau kepada melebihi 3,000 pengguna elektrik dalam pelbagai kategori dan membantu pengguna dalam memenuhi komitmen Environmental, Social and Corporate Governance (ESG) khususnya dari aspek penghindaran
pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan tenaga elektrik hijau.
Berikutan sambutan yang menggalakkan dan pengiktirafan antarabangsa, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga telah meneliti semulapengoperasian dan prinsip asas langganan bagi mengekalkan keyakinan pengguna ke atas program GET.
Selaras dengan tuntutan umum Program Tarif Elektrik Hijau atau Green Electricity Tariff (GET) akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan tawaran kuota 6,600GWj dengan kadar premium 10sen/kWj untuk pengguna voltan rendah dan 20sen/kWj bagi pengguna voltan sederhana dan tinggi.
Program GET merupakan inisiatif strategik Kerajaan yang menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Program GET telah berjaya membekalkan secara kumulatif sebanyak 6,762 GWj bekalan elektrik hijau kepada 2,461 pengguna dalam pelbagai kategori dan membantu mereka memenuhi komitmen Environmental, Social and Corporate Governance (ESG) khususnya dari aspek penghindaran pelepasan gas rumah kaca (GHG avoidance) melalui penggunaan tenaga elektrik hijau.
Berikutan sambutan yang menggalakkan dan pengiktirafan antarabangsa, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga telah meneliti semula pengoperasian dan prinsip asas langganan bagi mengekalkan keyakinan pengguna ke atas program GET. Selaras dengan tuntutan umum komitmen ESG sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat korporat, Kerajaan telah memutuskan
supaya:
(i) pengguna yang melanggan Program GET tahun 2024 tidak akan dikenakan caj Imbalance Cost Pass Through (ICPT) untuk unit tenaga sebenar yang digunakan;
(ii) tarif baharu GET bagi tahun 2024 ditetapkan pada kadar 10sen/kWj bagi pengguna kediaman dan pengguna bukan kediaman voltan rendah (tarif Perdagangan B, Perindustrian D, Perlombongan F, Pertanian Spesifik H serta
Lampu Jalan G & G1) dan 20sen/kWj bagi pengguna bukan kediaman voltan sederhana dan tinggi (tarif Perdagangan C1, C2, C3 & C4, Perindustrian E1, E2 & E3, Perlombongan F1 & F2 serta Pertanian Spesifik H1 & H2)
komitmen ESG sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat korporat, Kerajaan telah memutuskan supaya:
(i) pengguna yang melanggan Program GET tahun 2025 tidak akan dikenakan caj Imbalance Cost Pass Through (ICPT). Langkah ini penting bagi memberikan gambaran sebenar bahawa tenaga elektrik hijau adalah tidak terdedah kepada pergerakan harga bahan api;
(ii) Kadar premium GET bagi tahun 2025 ditetapkan pada kadar 10sen/kWj bagi pengguna kediaman dan pengguna bukan kediaman voltan rendah (tarif Perdagangan B, Perindustrian D, Perlombongan F, Pertanian Spesifik H serta Lampu Jalan G & G1) dan 20sen/kWj bagi pengguna bukan kediaman voltan sederhana dan tinggi (tarif Perdagangan C1, C2, C3 & C4, Perindustrian E1, E2 & E3, Perlombongan F1 & F2 serta Pertanian Spesifik H1 & H2);
(iii) langganan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2025 melalui portal myTNB dan pengguna boleh melakukan backdate subscription untuk tempoh bermula 1 Januari 2025;
(iv) Bergantung kepada tempoh langganan, lock in period langganan GET adalah sehingga 31 Disember. Pembaharuan langganan GET adalah secara automatik berdasarkan tempoh langganan asal selepas lock in period tamat sekiranya tiada pemberhentian langganan dilakukan oleh pengguna;