Luar Negara

Bunuh wanita jaga kehormatan keluarga

SEBUAH wilayah di Pakistan, Waziristan yang bersempadan dengan Afghanistan masih mengamalkan budaya membunuh wanita bagi melindungi kehormatan keluarga.

Kejadian terbaharu melibatkan dua wanita bersaudara masing-masing berumur 22 dan 24 tahun ditembak dekat utara wilayah itu.

BACA > Periksa kapal dagang elak penyebaran Covid-19 — Suara Merdeka

Wanita berkenaan kemudian dikebumikan dekat sebuah kampung yang sama pada 14 Mei lalu.

Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada maruah keluarga yang tercalar akibat sebuah video memaparkan wanita berkenaan bercumbu dengan seorang lelaki.

Lapor portal CNN, video tersebut memaparkan seorang lelaki mencium kedua-dua wanita itu di bibir sambil disaksikan wanita lain yang tertawa melihat situasi berkenaan.

Bagaimanapun, menurut seorang pegawai polis, Muhammad Nawaz Khan, video tersebut dimuat naik setahun lalu sebelum tular.

Lantaran itu, video yang baharu disedari kewujudannya pada bulan ini menyebabkan dua wanita itu dibunuh oleh ahli keluarga akibat malu.

Justeru, katanya lagi polis berjaya menahan lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun semalam kerana berkelakuan tidak senonoh.

BACA > Penemuan, rampasan dadah terbesar di Asia — Suara Merdeka
BACA > MB Kedah baharu mewarisi Volvo kerajaan pimpinan PH — Suara Merdeka

Tambahnya, bagaimanapun wanita ketiga dalam video berkenaan dilaporkan tidak menerima sebarang ancaman.

Komuniti di utara dan selatan Waziristan sememangnya terkenal dengan amalan ‘kod kehormatan’.

Antaranya, wanita tidak dibenarkan keluar tanpa ditemani dan kedudukan sosial mereka dalam keluarga dinilai menerusi ketaatan kepada keluarga.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang mengecam kod itu diugut dan diejek.

Bagaimanapun, situasi itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan menyatakan HRCP tidak bertoleransi terhadap sebarang sokongan kepada amalan keji itu.

“Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil segala tindakan bagi menghentikan amalan berkenaan dan memastikan wanita ketiga serta lelaki dalam video itu selamat.

BACA > Guna patung seks ganti penonton — Suara Merdeka
BACA > Khalid akui lantik bekas SU Politik dikait rasuah jadi Ahli Lembaga Penasihat DBKL — Suara Merdeka

“Dan bawa si pelaku (pembunuh) ke muka pengadilan,” katanya. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button