Bukan perintah berkurung, tetapi jarakkan hubungan sosial
LANGKAH kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan bukan perintah berkurung, tetapi bertujuan untuk menjarakkan hubungan sosial.
Jika perintah berkurung orang ramai tidak boleh keluar rumah termasuk untuk membeli makanan.
Menurut bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, ini bagi membendung penularan Covid-19 kerana kawalan itu dapat merendahkan jangkitan.
Malam tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kawalan pergerakan itu mulai hari Rabu 18 Mac sehingga 31 Mac.
Kerajaan akan membataskan pergerakan awam dalam usaha membendung penyebaran Covid-19. Ini termasuk penutupan sekolah, IPT dan premis swasta.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan penting serta pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Muhyiddin dalam ucapannya, berkata banyak negara telah mengambil langkah drastik membendung Covid-19, seperti China yang menunjukkan penurunan dalam penyebaran virus itu.
Kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai lusa
Covid-19: Sekolah, IPT seluruh negara diarah tutup sementara
Tindakan tegas terhadap individu ingkar perintah kawalan
Memetik laporan Malaysiakini, Dr Dzulkefly yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor berkara, ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial.
“Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik,” katanya.