Jenayah

Bot dipukul ribut, seorang kru hilang

Pencarian kru bot hilang di Batu Pahat diperluas

OPERASI pencarian seorang kru bot ‘perdagangan barter’ yang hilang di perairan Tanjung Segenting, Batu Pahat dekat sini semalam, diperluas meliputi Tanjung Tohor, Pulau Sialu hingga ke Tanjung Laboh di Batu Pahat, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, operasi hari ini melibatkan satu aset Polis Diraja Malaysia, dua bot Maritim Malaysia dan dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bagaimanapun, setakat pukul 12 tengah hari tadi, tiada penemuan atau sebarang petunjuk berkaitan mangsa kerana cuaca di lokasi pencarian hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi semalam, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman Ali, 20, bersama-sama dua lagi kru dan seorang tekong dalam pelayaran dari Selat Panjang, Indonesia ke Batu Pahat membawa muatan kayu bakau.

Bagaimanapun bot mereka dimasuki air akibat dipukul ribut dan bagi menyelamatkan bot daripada karam, mangsa dan rakannya dilaporkan bertindak membuang muatan kayu bakau tersebut namun mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa berbuat demikian sementara tiga lagi selamat. – SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button