Nasional

Bomba Miri terima sumbangan PPE

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 6 Miri menjadi penerima pertama, sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) dalam program #Sew4FrontlinersMiri.

Sumbangan sebanyak 573 PPE yang terdiri dari 379 gaun pengasingan; 90 sarung kepala; 70 pasang sarung kasut; dan 34 pasang pakaian ‘overall’.

[BACA] PKP: Tak dapat balik kampung, Najib telefon ibu ubat rindu — Suara Merdeka

Selain itu, 10 kotak sarung tangan; dan 480 penutup hidung dan mulut, disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting.

Sumbangan dihasilkan 42 sukarelawan itu diserah kepada Ketua JBPM Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba Law Poh Kiong.

Law berkata kesemua PPE itu akan diagihkan kepada tiga balai bomba dan penyelamat di bawah zon itu, iaitu di Lopeng, Marudi dan Miri.

Menurutnya, kelengkapan itu akan digunakan anggota terlibat ketika menjalankan operasi sanitasi di tempat awam.

“Kami akan memberikan PPE ini untuk anggota-anggota bomba di balai-balai berkenaan, yang terlibat menjalankan kerja-kerja sanitasi.

“Sekurang-kurangnya mereka ada perlindungan asas untuk membuat kerja-kerja dan tidak mudah terkena jangkitan COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama.

[BACA] Kedutaan Rusia kagum kecekapan Polis Temerloh selamatkan warganegaranya — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: Jepun beri tambahan RM4,000 kepada rakyat — Suara Merdeka

Menurutnya operasi sanitasi awam JBPM Zon 6 Miri, melibatkan antara empat dan enam kawasan sehari

Baru-baru ini juga operasi sanitasi turut dibuat terhadap dua bas dan sebuah van, yang digunakan sebagai pengangkutan untuk ke pusat kuarantin.

“Sumbangan PPE oleh para sukarelawan ini amat bertepatan dengan keperluan jabatan itu dalam melakukan tugasan mereka, khususnya melibatkan operasi sanitasi awam,” katanya.

Penyelaras #Sew4FrontlinersMiri Nor Azlina Samin sebelum ini berkata, sukarelawan yang terlibat dalam inisiatif itu terdiri daripada petugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong dan beberapa tukang jahit, dari pelbagai kaum dan agama.

Sejak 12 April  kumpulan itu beroperasi di beberapa tempat termasuk di kedai dan bengkel jahitan, sekolah, dan kediaman orang perseorangan.

Mereka berjaya menghasilkan 2,550 gaun pengasingan dan PPE  serta 550 pasang sarung kasut, selain turut menghasilkan sarung atau tudung kepala.

[BACA] PKP: Dakwa guna ‘cable IGP’ untuk lepas sekatan jalan raya — Suara Merdeka
[BACA] Menteri-menteri muda kena cerdik, peka masyarakat — Suara Merdeka

Selain JBPM, kumpulan itu juga merancang untuk mengagihkan sumbangan mereka ke beberapa klinik di Sarawak dan Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button