fbpx
Nasional

Pemulihan bekalan air Selangor capai 97 peratus

Proses pemulihan bekalan air di Selangor capai 97 peratus setakat pukul 6 petang tadi.

Proses tersebut ekoran berlaku pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dan menyebabkan gangguan bekalan air di tujuh wilayah.

[BACA] Sumbangan pelbagai pihak terus diharap untuk bantu asnaf — Suara Merdeka

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata bekalan air di kebanyakan kawasan pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun masih terdapat 54 kawasan di tiga wilayah masih belum pulih sepenuhnya kerana sedang dalam proses pemulihan.

“(Daripada tiga wilayah yang mengalami gangguan bekalan air) status pemulihan untuk Gombak ialah 99 peratus, Klang/Shah Alam (92 peratus) dan Kuala Langat (51 peratus),” menurut Air Selangor.

[BACA] Bersedia elak gelombang kedua COVID-19 daripada melanda Negara – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Air Selangor berkata usaha menstabilkan bekalan air dalam sistem agihan sedang dilakukan untuk mempercepat proses pemulihan.

“Sebungan itu, Air Selangor meminta kerja sama pelanggan yang telah menerima bekalan air supaya menggunakannya secara berhemah.

“Bekalan air akan terus dihantar ke kawasan terjejas sehingga bekalan air pulih,” kata kenyataan itu.

[BACA] Menteri-menteri muda kena cerdik, peka masyarakat — Suara Merdeka
[BACA] Senarai acara sukan terjejas akibat Covid-19 — Suara Merdeka

Air Selangor akan menyalurkan status terkini menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com. – BERNAMA

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button