Nasional

Mohon BPN guna maklumat palsu?

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menegaskan bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hanya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia yang layak.

Justeru, pihaknya memandang serius permohonan yang dibuat menggunakan dokumen palsu.

[BACA] Bomba Miri terima sumbangan PPE — Suara Merdeka

MOF berkata demikian setelah mengambil maklum penularan di media sosial yang mendakwa bahawa terdapat warganegara asing yang menerima bantuan tersebut.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April 2020 .

Menurut kenyataan itu, kementerian menerima lebih 3 juta permohonan baharu dan rayuan setakat ini.

“Buat masa ini, permohonan BPN tersebut belum lagi diputuskan sama ada diluluskan atau sebaliknya. Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon pada bulan Mei 2020.

“Permohonan baharu dan rayuan yang telah diterima adalah tertakluk kepada proses verifikasi bagi memastikan BPN diterima oleh mereka yang benar-benar layak,” jelasnya.

Menurut MOF, permohonan tersebut akan diproses dan disemak silang dengan pangkalan data agensi kerajaan yang lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.

[BACA] Pemulihan bekalan air Selangor capai 97 peratus — Suara Merdeka
[BACA] VIP tolonglah jangan remehkan rule of law — Suara Merdeka

Semakan tersebut bertujuan bagi pengesahan warganegara Malaysia di samping semakan pendapatan dengan agensi pendapatan.

Justeru itu, permohonan yang menggunakan dokumen palsu atau yang disenaraihitam akan ditolak dan tidak akan menerima BPN.

“Jika didapati pemohon memberikan maklumat tidak benar atau palsu, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Mereka boleh dikenakan denda atau hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun. Kerajaan berhak menarik balik bantuan yang telah diluluskan.

[BACA] Senarai acara sukan terjejas akibat Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Dakwa guna ‘cable IGP’ untuk lepas sekatan jalan raya — Suara Merdeka

“Kementerian Kewangan kekal komited dalam memastikan semua bantuan Kerajaan adalah berkesan dan membantu kumpulan sasar yang ditetapkan,” tambah kementerian itu. – BERNAMA

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button