Auto TravelBerita Auto

BMW X7 xDrive40i M Sport diperkenalkan untuk pasaran Malaysia

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7. BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan kemewahan dan keluasan.

BMW X7 xDrive40i M Sport veri pemasangan tempatan ini turut hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard, membekalkan SAV mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan. Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dansistem pacuan semua roda xDrive.

Varian SAV premium terbaharu mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan dengan stereng berkulit M Sport yang terbaharu.

Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin. Penumpang juga menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black.

Malah pemilik juga masih dapat memanfaatkan fungsi bantuan memandu dengan kawalan luncur aktif dan fungsi mula & henti, di samping parking assistant plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360 ̊. Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effectpula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.

Program pembiayaan dinamik. Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,800.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh BMW X7 xDrive40i M Sport terbaharu ini juga dapat menikmat waranti tanpa had perbatuan bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.Bantuan tepi jalan dan talian kemalangan oleh BMW. Aplikasi mudah alih ‘BMW Group Loyalty+’-kad keistimewaan BMW. Servis dalam talian BMW

Harga jualan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:BMW X7xDrive40i M Sport Baharu RM 728,800.00.

Kredit: EnjinDotCom

Artikel berkaitan > BMW Group Malaysia memperkukuh tenaga kerja khusus Kenderaan Elektrik

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button