BMW Malaysia memperkenalkan pengemaskinian teknikal terbaharu pada BMW 320i Sport
BMW Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan generasi BMW 320i Sport yang baharu, kini ia hadir dengan sistem maklumat hibur yang terkini untuk memenuhi gaya hidup digital para pengguna moden. Varian baharu ini memperkukuhkan lagi portfolio BMW yang terdiri daripada sedan sport premium yang dipasang di Malaysia.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Sebagai mercu Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh jenama BMW, BMW 3 Series merupakan sedan sport yang luar biasa dan kami berbangga untuk memasangnya di peringkat tempatan bersama pengemaskinian teknologi yang baharu buat para pelanggan kami di Malaysia. Lebih kurang 2,000 unit kenderaan BMW 320i Sport berjaya diserahkan sejak keluaran Januari 2020, dan kejayaan ini tidak asing bagi sedan sport premium yang terlaris di Malaysia. Jentera baharu ini membuktikan komitmen kami untuk menyuntik pelaburan secara konsisten ke dalam industri automotif tempatan, dengan harapan untuk terus mendorong proses pemulihannya dalam tempoh yang akan datang.”
Generasi BMW 320i Sport yang terkini hadir dengan sistem maklumat hibur BMW Live Cockpit Professional yang baharu untuk menawarkan para pengguna singkapan maklumat yang penting mengenai pemanduan seharian mereka berserta dengan pelbagai kemudahan yang diperbagaikan. Kluster informasi yang diperbaharui ini kini menaik taraf keupayaannya untuk diperibadikan, maka para pemilik lebih bebas untuk membuat penyesuaian pada jentera BMW pilihan mereka.
BMW 320i Sport baharu terus mencuri perhatian sebagai sedan sport premium yang terlaris di dunia dengan reka bentuk BMW 3 Series serba klasik yang mengilhamkan kualiti pemanduan yang ‘sporty’. Seperti model yang terdahulu, lampu kabus LED hadapan serta tirai udara yang diintegrasikan dengan komponen salur masuk udara di luar juga diselitkan ke dalam apron hadapan dalam bentuk T yang mendatar. Varian ini turut dilengkapi dengan set roda aloi ringan V-Spoke Style 780 Bicolour yang bersaiz 18 inci.
BMW 320i Sport mengekalkan enjin petrol TwinPower Turbo 2.0 liter, dipadankan dengan Transmisi Steptronic Sport 8 Kelajuan. Sedan sport premium ini mampu menjana kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, dengan output maksimum berjumlah 184 kk (kuasa kuda) pada paras 5,000 –6,500 rpm dan puncak tork bernilai 300 Nm pada paras 1,350 –4,000 rpm. Mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.1 saat, BMW 320i Sport baharu juga mengguna pakai bahan api yang berjumlah 6.3 liter bagi setiap 100 km, dan menjana CO2 pada kadar 144 g/km.
Sedan sport premium ini turut tampil dengan BMW Live Cockpit Professional yang serba canggih, orientasinya memfokuskan aspek pemanduan. Kluster informasi yang dinaik taraf ini mencakupi paparan informasi sentral serta kluster paparan instrumen, dan paparan informasi sentral tersebut kini membawakan skrin bersaiz 10.25 inci dengan resolusi 1920×720 –dinaik taraf dari skrin 1280×480 yang bersaiz 8.8 inci. Manakala, kluster paparan instrumen menampilkan skrin 12.3 inci, lebih besar daripada yang sebelumnya yang bersaiz 5.1 inci.Skrin paparan yang tertumpu dan boleh disuai padan ini juga hadir dengan penampilan yang serba minimalis dan seragam, ia menawarkan lebih banyak ruang di tengah untuk navigasi dan pelbagai maklumat penting lain yang diberi keutamaan oleh pemandu.
Mod-mod Pengalaman Pemanduan (Driver Experience) yang terpilih dalam Sport, Comfort dan Eco Pro juga dipaparkan dengan skema warna dan visual yang konsisten pada kluster instrumen serta paparan sentral.BMW 320i Sport baharu turut menampilkan takometer dengan keupayaan pergerakan RPM berlawanan arah jam, berserta paras bahan api, kelajuan, dan suhu enjin dalam gelung tiub. Ciri-ciri fungsi dan ‘widget’ yang boleh dikonfigurasi meliputi papan skor sukan, data pemanduan, penggunaan dan keefisienan bahan api, meter Daya G,dan radio atau pemain media.
BMW 320i Sport baharu terus menawarkan inovasi yang terulung dalam segmennya seperti Bantuan Mengundur (Reversing Assistant), maka pengguna dapat menikmati kemudahan separa autonomi tanpa menggunakan tangan ketika mengundur di laluan yang sempit, berserta dengan Kamera Pandangan Belakang (Rear View Camera) yang dilengkapi sebagai standard – dikuasakan oleh Sistem Operasi BMW 7.0 (BMW Operating System 7.0) yang terkini.BMW 320i Sport baharu juga hadir dengan BMW Intelligent Personal Assistant yang canggih, iaitu kemudahan yang memanfaatkan elemen suara untuk membolehkan pemandu mengawal fungsi-fungsi kenderaan, navigasi, dan sistem hiburan dengan lebih mudah.
Sistem tersebut juga boleh diaktifkan hanya dengan menuturkan “Hey BMW” atau perkataan lain yang ditentukan oleh pengguna untuk mengaktifkannya. Di samping itu, BMW ConnectedDrive juga terus menawarkan para pemilik Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) serta Telekhidmat (Teleservices) yang akan bertindak balas secara automatik jika berlaku kemalangan.BMW 320i Sport ditawarkan menerusi lima warna, iaitu Phytonic Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange, dipadankan dengan upholsteri Black Leather Vernasca yang bertaraf premium. Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang terkini, rangkaian pusat wakil pengedar kami akan ditutup dan para pelanggan digalakkan untuk membuat kunjungan dalam talian bagi melihat jentera BMW 320i Sport terbaharu di https://shop.bmw.com.my.
Para pelanggan juga boleh menghubungi wakil pengedar pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.Program pembiayaan dinamik. Dengan “Balloon Financing Plan”yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 320i Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 2,708.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.Pemilik jentera BMW 320i Sport baharu ini juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ -BMW Privileges Card•Servis Dalam Talian BMW
Harga jualan bagi BMW 320i Sport baharu dengan Waranti Lanjutan dan Pakej Servis, tanpa SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:BMW 320i Sport TerbaharuRM 243,883.65 – SM
Kredit: EnjinDot.Com