Nasional

Bilik siasatan jenayah narkotik terbakar, 40 % fail musnah

SATU kebakaran berlaku di bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di Goergetown, pagi ini.

Kebakaran itu menyebabkan 40 peratus fail, komputer, peralatan pekabat dan foto musnah.

Memetik laporan BH Online, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.55 pagi tadi.

Beliau memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Lebuh Pantai dan BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan bilik siasatan di tingkat empat.

“Kebakaran kira-kira 40 peratus itu memusnahkan fail, komputer, peralatan pejabat dan foto,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal kebakaran.

Kejadian dilapor tiada membabitkan mangsa, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button