Rencah Hidup

Safiey Illias ‘pasang’ semula payudara

USAHAWAN kosmetik, Safiey llias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias mendedahkan dia telah melakukan pembedahan kosmetik untuk “mengembalikan semula” payudaranya.

Lelaki tersebut berkongsi video proses yang dilakukan untuk mengembalikan semula payudaranya yang pernah dibuang sebelum ini di Intsgramnya, safieyillias94 malam tadi.

“Aduh sakitlah, lepas ini kena makan antibiotik selama tujuh hari? Kalau nak tambah lagi saiz E ke F berapa lama? (Doktor: Tiga minggu).”

“Berdarah. Saya nak saiz E lah. Boleh pergi gym tak doktor? Shuben tak boleh juga kan? Shuben tak boleh touch?” tanya Mohd Safiuddin dalam video tersebut.

Dalam hantaran yang sama Mohd Safiuddin tidak kisah untuk dibenci atau tidak disukai. Namun beliau menegaskan tidak pernah memalsukan identiti atau menafikan dirinya yang sebenar.

“Nama saya tetap Mohd Safiuddin bin Ilias. Saya seorang mak nyah. Saya tak pernah cakap saya khunsa atau wanita sejati. Saya tiak pernah malu untuk cakap identiti saua sebenar.

“Saya terima semua hinaan dan saya bangga dan terima siapa saya. Saya tak terasa hatipun dipanggil gila, sebab orang tak tahu betapa perit saya melawan penyakit mental yang lima tahun lamanya,” kata beliau.

Mohd Safiuddin berkata, dia sama sekali tidak berpura-pura menghadapi penyakit mental dan rekod perubatannya telah wujud sejak lima tahun lalu.

“Dah 5 tahun saya bertarung dgn depression dan bipolar semua hinaan saya telan. Saya tak malu mengaku saya siapa . Maafkan saya jika kehadiran saya membuatmu tidak senang. Saya tak mintak apa-apa sekadar secebis kasih sayang .

“Tak perlu terima saya, tapi andai tak boleh terima saya, tak perlu menentang saya. Buatlah hal masing-masing duduk diam . Why u need to against me? Im not your enemy. Saya tak kacau orang,” kata Mohd. Saifuddin.

Media sebelum ini pernah melaporkan Mohd Safiuddin melakukan pembedahan embuang implan silikon di bahagian dada di Hospital Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2019.

Dia yang berusia 25 tahun ketika itu dilaporkan melakukan pembedahan itu demi bapa dan ibunya.

“Alhamdulillah. Maaf mungkin jarang ‘update’, baru selesai buang implan silikon. Ayah suruh dan saya turuti. Kawan ada halang tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab, bukan kawan saya,” katanya seperti yang dilaporkan media.

Dalam satu video langsung di IG, Mohd Safiuddin pada ketika itu mengakui dia nekad membuang implan itu berikutan bimbang jika meninggal dunia esok.

“Saya fikir seksa kubur dan mati saja serta mahu menghargai mak ayah yang masih hidup,” katanya pada waktu itu.-SM

(Visited 1,400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button