Politik

Rakyat takut darurat – Tun M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa rakyat ketika ini hidup dalam ketakutan berikutan pelaksanaan darurat.

Menurut Dr. Mahathir, pihaknya cuba mendapatkan pandangan orang ramai mengenai pengkuatkuasaan Prokalmasi Darurat  namun mereka kelihatan bimbang untuk menyuarakan pendapat.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata mereka yang ditemui berpandangan darurat tidak perlu namun mahu pendapat yang mereka luahkan tidak dihebahkan kepada awam.

“Kami cuba dapat ramai orang untuk memberi pendapat berkenaan darurat. Ramai mereka yang berpendapat darurat tidak perlu. Mereka sebut beberapa sebab mereka berpendapat demikian.

“Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan. Mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka. Dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka” kata Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir, mereka yang ditemui itu bimbang sekiranya pandangan mereka diketahui umum mereka boleh didenda RM5 juta dan dipenjara selama 10 tahun. Ini kerana kerajaan mempunyai kuasa penuh ketika darurat dan boleh melakukan apa sahaja terhadap mereka.

“Saya cuba jelas Kerajaan tidak boleh buat begitu. Tetapi mereka tidak berasa senang. Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik – mereka tolak,” kata Dr. Mahathir dalam kenyataan yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun ada kalangan pengikut media sosial Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan oleh bekas perdana menteri itu.

Mereka berpandangan walaupun darurat dilaksanakan rakyat masih bebas melakukan apa yang mereka ingini tanpa halangan. Menurut mereka darurat hanya memberi kesan kepada orang-orang politik.

“Saya sokong darurat. Saya orang awam. Saya masih bebas ke sana sini tanpa takut serta tetapi mematuhi SOP PKP tanpa ada apa halangan. Masih bebas. Kami tidak mahu lagi orang politik berebut kerusi yang mungkin kerajaan terbubar dan perlu pilihanraya lagi dalam saat pendemik ini. Cukuplah PRN Sabah jadi pengajaran,” kata AreMae Pksu Kamel.

“Maaf Tun. Jangan buat ceritalah. Rakyat tak terkesan. Cuma orang politik yang gila kuasa sahaja yang menggelupur tak keruan dan yang menunggu keputusan mahkamah,” kata Zakaria Ampang.

“Nak takut apa. Bukan darurat time zaman komunis. Agong tau la apa Agong buat. Bukan senang Agong nak perkenan kalau Agong tak setuju. Yang dok kalut nak masuk Parlimen nak PRU ni ahli politik. Kami rakyat biasa celik je mata nak kena cari makan. Nak bela family tu je,” kata Jijie Ivan.-SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button