Hiburan

‘108 Media’ akan terbitkan ‘Best Served Cold’

Studio pelesenan, penerbitan dan pembangunan IP global yang berpengkalan di Singapura, 108 Media, telah menandatangani perjanjian untuk menerbitkan lakon layar cereka buah tangan penulis-pengarah Aaron Cowan yang bertajuk Best Served Cold – yang berdasarkan cereka pendek, Don’t Eat The Ruce karangan penulis yang berpengkalan di Sabah Jill Girardi dan karekter dari novelnya, Hantu Macabre.

Ia adalah sebahagian daripada kumpulan filem-filem cereka dari Asia Tenggara yang akan dikeluarkan dan dipakej sepanjang tahun 2020 dari Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Perjanjian itu ditandatangani Jumaat, di sisi majlis Asia TV Forum & Market and ScreenSingapore 2019 dengan dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hans Isaac, dan Abhi Rastogi serta Justin Deimen, dari 108 Media, di samping kumpulan kreatif pengarah-pengarah dari Siung Films, Cowan dan Jo Luping.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat Siung Films Malaysia dan 108 Media dari Singapura. Kedua-dua Malaysia dan Singapore amat teruja dengan usaha ini kerana kita sedang merancang untuk mengadakan Perjanjian Malaysia-Singapura bermula pada Januari 2020,” kata Issac dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“FINAS menggalakkan dan mengalu-alukan perjanjian produksi bersama dengan bukan sahaja Singapura, tapi juga lain-lain negara bagi mewujudkan hubungan rapat yang akan memudahkan pembelian, pengedaran, penciptaan kandungan dan kolaborasi antara negara, sekaligus membuka peluang bagi industri untuk membangun dengan lebih maju,” katanya.

Projek yang memawa aksi mantap itu akan menampilkan kemunculan Ann Osman (Athena), pejuang wanita MMA terhebat Malaysia.

Dengan berlatarbelakang keindahan Kota Kinabalu, BEST SERVED COLD yang menampilkan gabungan aksi ‘supernatural’ dan watak satu karekter hebat, menceritakan kisah Suzanna Sim, bekas pejuang MMA yang menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri dan pengetahuannya mengenai ilmu hitam, bekerjasama dengan seekor ‘toyol’ untuk mencari suami pelanggannya yang hilang.

Cowan merupakan anggotan kanan kumpulan kreatif yang pernah memenangi empat anugerah Oscar termasuk bagi filem Avatar dan Lord of the Rings trilogi dan pernah bekerjasama dengan pengarah tersohor seperti Peter Jackson, Steven Spielberg dan James Cameron.

Turut terbabit dalam produksi itu adalah Base FX di Kuala Lumpur, pembekal VFX tersohor Asia, yang pernah bekerjasama dengan lebih 50 pembikin filem-filem cereka termasuk Star Wars: The Rise of Skywalker, Six Underground, Aquaman, Star Wars: The Force Awakens, Transformers: Age of Extinction, Captain America: Winter Soldier, Pacific Rim, Star Trek into Darkness, Looper, Identity Thief, Mission Impossible 4 dan Super 8.

BEST SERVED COLD akan menerajui rangkaian produksi cereka 108 Media buat Asia Tenggara, yang dibangunkan dan dipantau oleh Deimen, (Presiden – Produksi/Pembangunan di Singapura), Jordan Nutson (Eksekutif Kanan Pemerolehan di Toronto), Jeremy Chua (Penerbit Kreatif di Singapura), dan Matt Wilson (Eksekutif Kreatif di Los Angeles).

Lain-lain hasil produksi yang dirancang ialah TEN, hasil tulisan Bernice Low, berdasarkan kepada buku “Ten” oleh Shamini Flint (Malaysia, genre Keluarga-Sukan); dan CHANDRA, hasil tulisan Shern Chong dan Justin Wong (Malaysia, Jenayah-Aksi).

“Saya teruja dengan projek ini. Ia sangat menarik, hebat dan melakar hala tuju baharu bagi syarikat, dalam bentukbagaimana kita bekerjasama dengan pencipta-pencipta ‘indie’ di rantau ini dengan memberikan mereka platform untuk mendapatkan ‘suara’ komersial mereka,” kata Deimen. – BERNAMA

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button