NasionalUncategorized

Bernama anjur ‘e-Treasure Hunt’, tawar hadiah RM2,050

Sekiranya anda ingin menguji pengetahuan mengenai ideologi nasional itu, anda boleh mengambil bahagian dalam Rukun Negara Golden Jubilee e-Treasure Hunt 2020 dan berpeluang memenangi hadiah utama RM2,050 atau lebih daripada 50 hadiah wang tunai.

Pencarian harta karun secara elektronik itu akan diadakan pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu keluar rumah untuk menyertainya.

Selain Rukun Negara, anda juga boleh menguji pengetahuan tentang tempat tarikan pelancong di Malaysia kerana permainan ini akan membawa anda mengembara ke seluruh negara secara maya, di rumah anda.

BACA> Permohonan batal pertuduhan Ahmad Maslan ditolak

Pertandingan ini diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada 1970 untuk membina Malaysia yang kuat, bersatu dan makmur.

Ia dianjurkan oleh Agensi Berita Nasional Malaysia, Bernama, sebagai satu daripada sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara.

Pendaftaran untuk pencarian harta karun elektronik itu dibuka pada 23 Julai dan bayaran masuk adalah RM50 bagi setiap penyertaan (untuk seorang).

BACA> Giliran Suhakam pula kecam Abdul Azeez

Akses pautan ini – https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt – untuk maklumat lanjut mengenai permainan itu dan pendaftaran.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Ogos. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button