Nasional

Mengelirukan, akaun Twitter BermanaTV digantung

Akaun BermanaTV yang dipercayai akaun parodi kepada agensi berita Bernama akhirnya digantung <span;>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Penggantungan akaun tersebut dilakukan hasil kerjasama antara MCMC dan pihak Twitter.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dibuat kerana akaun berkenaan didapati melanggar Piawaian Komuniti yang ditetapkan penyedia platform media sosial terbabit.

“Paparan di akaun itu sering mengelirukan masyarakat dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional.

“Namun demikian, langkah penggantungan atau pemadaman akaun adalah bersifat reaktif dan sementara.


“Akaun-akaun sebegini berkemungkinan boleh diwujudkan semula dan orang ramai perlu berwaspada agar tidak mudah terpengaruh,” kata kenyataan itu.

MCMC turut merakamkan penghargaan terhadap tindakan yang diambil oleh Twitter berdasarkan aduan yang dibuat.

Jelasnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu di media sosial yang berniat jahat.

Ujarnya, akaun palsu sengaja diwujudkan untuk melindungi identiti sebenar bagi tujuan menipu, menimbulkan syak wasangka dan memecah belahkan masyarakat.

Dalam pada itu, orang ramai boleh memastikan kesahihan setiap maklumat dengan mengikuti saluran rasmi serta akaun media sosial yang mendapat lencana pengesahan biru atau kelabu daripada penyedia platform seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya.

Tambahnya, lencana itu mengiktiraf bahawa sesuatu akaun media sosial berasal daripada organisasi serta individu yang sudah disahkan. -SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button