Nasionalpilihan

Beri perhatian serius terhadap keselamatan negara – Raja Muda Perlis

SEMUA pihak diajak supaya memberi perhatian serius kepada kestabilan, keamanan dan keselamatan negara agar kita dapat terus hidup aman dan makmur, titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, khususnya kepada seluruh anggota keselamatan negara sebagai perwira perajurit bangsa.

“Jangan sudah tersadung baru terngadah dan sebagai insan yang berjiwa besar mestinya akan tampil mempertaruhkan jiwa dan raga demi maruah demi kedaulatan dan erti keamanan,” titah Baginda.

Baginda bertitah, usah biarkan keamanan yang dikecap selama ini hasil yang telah dirintis oleh mereka terdahulu musnah begitu saja.

“Anda mesti bersama bergerak dengan langkah perkasa sesuai dengan ikrar dan sesuai dengan sumpah keramat yang dilafazkan,” titah Raja Muda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan
majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda yang juga merangkap Komander rejimen berkenaan yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri itu disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji serta para pegawai kanan rejimen.

Turut hadir ialah Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A. Wahab dan Panglima Briged Ke-30 Infantri, Brigedier Jeneral Yazid Yusuf.

Di majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam titah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pegawai Sukarela Askar Wataniah, Kapten Fitri Azhar dan juga kepada Leftenan Muda Syed Ayman Shahabudin Syed Omar Shahabudin atas pemakaian pangkat baharu mereka.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbual dengan Abdul Rahman (kiri) dan Yazid ketika berangkat menyempurnakan majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah di Wisma Perwira, Markas 30 Briged, Kem 30 Infantri Bukit Cowder, Mata Ayer, Arau, Perlis.

Baginda juga mengucapkan syabas kepada Syed Ayman kerana tercalon dalam mengikuti kursus ‘Commissioning Course’ di Royal Military Academy Sandhurst di Camberley, United Kingdom pada tahun hadapan.

Raja Muda turut mengajak anak
muda yang sihat tubuh badan dan memenuhi semua keperluan minima akademik serta fizikal yang telah ditetapkan untuk mendaftarkan diri sebagai Pegawai atau Anggota Lain-Lain Pangkat Sukarela Askar Wataniah.

Ia sesungguhnya adalah satu profesion yang terkenal dengan kegagahan, keberanian dan pengorbanan demi kedaulatan negara.

Titah Baginda, tunjukkan contoh teladan yang baik menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Masih banyak cabaran dan pengorbanan perlu dihadapi secara bersama dalam usaha menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang melanda dunia hari ini,” titah Baginda. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis berkenan ke apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button