Politik

Beri fokus kepada kawasan bertanding – Ismail Sabri

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini supaya memberi fokus atau tumpuan kepada kawasan bertanding.

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata, apa yang penting ialah dapat menyumbang kerusi kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada 20 haribulan ini.

“Biarlah kita ada solidarity dalam UMNO dan BN. Itulah yang harus ditonjolkan kerana rakyat melihat dan buat pelbagai spekulasi.

“Jadi, jaga nama baik parti, tingkatkan keyakinan rakyat agar menjadi parti yang dominan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita tentang ‘pergeseran’ dan balas membalas kenyataan di antara calon BN Sungai Buloh, Selangor, Khairy Jamaluddin dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Suasana ketegangan itu timbul apabila Khairy mendakwa, dia dicampak ke Sungai Buloh oleh Zahid untuk bertanding di situ pada PRU15 ini.

Zahid yang juga Pengerusi BN bagaimanapun telah memberi jawapan terhadap dakwaan Khairy yang juga Menteri Kesihatan. – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button