Politik

PN ada perjuangan belum selesai – Muhyiddin

Demi pembangunan ummah rakyat semakin bijak, hanya pilih pemimpin amanah

EMPAT calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding kerusi Parlimen berkumpul di Pagoh malam tadi dan berikrar sedia memikul tanggungjawab untuk melaksanakan khidmat terbaik kepada rakyat bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Wartawan NORLIZA ABDULLAH melaporkan untuk SUARA MERDEKA, pertemuan  itu disempurnakan oleh penyandang Parlimen Pagoh dan juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin  Yassin.

Hadir sama,  penyandang Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon yang juga Timbalan  Yang di-Pertua Dewan  Rakyat.

Calon Parit Sulong, Dr Abdul Karim Deraman; Simpang Rengam dihadiri calonya, Mohd Fazrul Kamat dan Zanariyah Abdul Hamid pula calon Parlimen Sri Gading.

Muhyiddin berkata, semua calon ini berpengalaman serta pakar dalam bidang masing-masing.

“Ini sekali gus memberi kelebihan mereka mewakili rakyat di sini untuk ke Parlimen nanti,” kata Muhyiddin.

Katanya lagi, sokongan padu daripada calon muda berwibawa Mohd Fazrul yang juga anak jati Simpang Rengam pasti membawa wadah pembangunan kepada rakyat.

“Saya dapat merasakan gelombang kebangkitan rakyat memilih pemimpin berkelayakan yang layak menjujung amanah membawa kesejahteraan masyarakat berbilang kaum demi kehidupan lebih baik,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada program Santai Anak Muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram Batu Pahat, malam tadi. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button