Rencah Hidup

[Video] Berdoa supaya kita panjang umur dapat berjumpa lagi, anak mak kena kuat untuk mak

“Assalamualaikum anak mak, memang tak boleh balik lagi kan? Kita jangan lawan, tak guna. Berdoa supaya umur kita panjang dapat jumpa lagi ‘nak’ ya.

“Bohong kalau tak sedih, anak mak kena kuat untuk mak ya. Mak juga akan kuat untuk anak mak. Mak sayang anak mak. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga kita jumpa lagi ya ‘nak’ ya.”

Itulah bait dialog yang dirakam pelakon veteran, Fauziah Nawi dan dimuat naik menerusi akaun TikTok pelakon itu.

Video tersebut telah meruntun hati pengikut TikTok yang menonton video tersebut yang sehingga kini telah mendapat lebih 176,000 tontonan.

Di dalam video tersebut, Fauziah Nawi melakonkan watak seorang mak yang menghantar pesanan video kepada anaknya supaya tidak sedih kerana tidak dapat pulang beraya.


Rata-rata komen di laman sosial juga turut terasa hiba dengan video tersebut apabila masing-masing teringat kepada ibu mereka sendiri.

Ada juga yang menganggap video tersebut mengingatkan mereka kepada ibu yang telah pergi buat selama-lamanya. -SM

 

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button