EkonomiNasional

Kerajaan memberi lampu hijau kepada Kumpulan Boustead untuk meneruskan pembinaan LCS

Kementerian Pertahanan telah mengumumkan persetujuan untuk Kumpulan Boustead meneruskan pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang terhenti sejak tahun 2019 dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat tersebut.

Ianya telah diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu lalu menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tambahnya lagi, dengan penerusan pembinaan itu, ia akan menyelamatkan 1,600 pekerja yang terdiri daripada anak-anak tempatan dan lebih 400 syarikat vendor yang terdiri daripada PKS Bumiputera yang terlibat.

“Sekiranya pembinaan LCS ini tidak diteruskan ia akan memberi impak negative kepada para pekerja dan vendor Bumiputera yang terlibat. Ia juga akan memberi kesan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang merupakan pemegang saham di dalam Boustead Holdingd Berhad,” kata Ismail Sabri.

Selain itu, Menteri Kanan Pertahanan itu berkata ia secara tidak langsung juga memberi kesan kepada para pencarum yang merupakan anggota tentera jika projek ini tidak diteruskan malah pihak bank yang memberi pinjaman kepada projek ini juga bakal kerugian kerana Bouestead Naval Shipyard mungkin tidak berkeupayaan membayar pinjaman. Kumpulan Boustead Naval Shipyard adalah sebuah syarikat kerajaan yang diusahakan oleh majoritinya anak-anak Melayu Bumiputera.

Menurut sumber, terdahulu dilaporkan Kementerian Pertahan mengumumkan bahawa pihaknya terpaksa menimbang untuk menamatkan kontrak syarikat kontraktor yang membekalkan 6 aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis kapal LCS kerana mengalami kelewatan dalam pembinaan.

(Visited 517 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button