Bola SepakSukan

Berbelanja besar bukan kunci kepada kejayaan – Klopp

JURGEN Klopp mendakwa memiliki sebuah ‘pasukan yang sempurna’ bakal menjadi kunci kepada kejayaan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris berbanding wang tunai.
Bos Liverpool itu kelihatan tenang melihat pesaingnya seperti Chelsea dan Manchester City berbelanja besar dalam usaha mereka menyingkirkan juara bertahan tersebut.
Liverpool memulakan musim baru mereka dengan aksi menentang Arsenal dalam Piala Perisai Komuniti di Wembley, malam ini dan Klopp berkata, perebutan gelaran tidak boleh ditentukan menerusi siapa yang berbelanja paling banyak.
“Ia bukan melibatkan berapa ramai pemain yang boleh ditandatangani. Pada pengakhirannya, mereka semua hanya perlu menurunkan 11 pemain.
“Motivasi bukanlah masalah kami. Saya tahu pasukan ini tidak akan berhenti mencuba dan itu sahaja yang saya perlukan. Saya juga tidak akan berhenti mencuba kerana saya tidak menjangka perkara yang kita mahukan itu akan terjadi mengikut kemahuan saya.
“Saya sedia memberikan segala yang saya ada dan para pemain juga begitu. Ia akan membawa kami kepada kedudukan untuk beraksi lebih kompetitif dan mengorak langkah pertama kepada pemburuan gelaran.
“Ia tentang mencipta sebuah unit yang sukar untuk dikalahkan dan sebuah pasukan lengkap yang bersedia untuk bersusah-payah. Itu yang paling penting, dan bukannya siapa pemain yang mampu anda beli dalam situasi yang paling pelik sepanjang kehidupan kita,” kata Klopp.
Liverpool dijangka tidak menandatangani sebarang perjanjian besar buat kali kedua pada musim panas dan Klopp berkata, dia gembira dengan polisi perpindahan kelab.
“Kami tidak boleh hanya membawa masuk lima pemain hanya kerana orang lain sibuk berbuat demikian.
“Pada setiap tahun, ia sama sahaja. Saya tidak fikir saya pernah membeli pemain yang mencukupi pada jendela perpindahan hanya semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak.
“Ia sering berlaku ‘Aaargh, kami perlu seorang lagi pemain. Tetapi setakat ini, ia menjadi. Ini semua membabitkan bentuk emosi yang mampu kita cipta sekali lagi untuk musim ini,” ujarnya. – Mirror UK – SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button