Politik

Tidak rasmi: Calon BN menang di PRK Slim dengan majoriti besar

KIRAAN tidak rasmi, calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim Mohd Zaidi Aziz menang selepas memperolehi 13,060 undi dengan majoriti  10,945 undi.

Calon Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mendapat 2,115 undi manakala calon bebas S. Santharasekaran memperoleh 276 undi.

DUN Slim mempunyai 22,749 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus).

Daftar pemilih DUN berkenaan turut merangkumi 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.

PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Mohd Khusairi memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon PKR Mohd. Amran Ibrahim (6,144) dan calon Pas Zulfadzli Zainal (4,103).

PRK DUN Slim ialah PRK ke-2 yang diadakan selepas Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara, selepas PRK DUN Chini bulan lalu.-SM

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button