Nasional

Berbasikal berkumpulan masih tidak dibenarkan

Berbasikal dalam kumpulan tidak dibenarkan semasa perintah kawalan pergerakan, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Katanya, mengikut prosedur operasi standard (SOP), hanya dibenarkan berkayuh seorang sahaja dan dalam lingkungan 10km dari rumah masing-masing.

“Mereka yang tidak mematuhi SOP akan dikeluarkan kompaun.

“Kami telah mengesan orang yang masih berbasikal dalam kumpulan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan Jalan Merbok,” katanya dalam satu kenyataan.

ACP Mohamad Zainal menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat atau pertanyaan untuk menghubungi ibu pejabat polis Dang Wangi di talian 03-2600 2222, talian hotline polis KL di 03-2115 9999 atau balai polis terdekat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button