Nasional

Belia perlu elak terlibat isu membawa perlakuan ganas

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan golongan belia supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang isu persekitaran yang boleh membawa kepada perlakuan keganasan.

Baginda juga berharap golongan belia sentiasa bersatu hati untuk memperteguhkan lagi agenda keamanan dan keselamatan yang menjadi salah satu asas kepada kesempurnaan kehidupan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail disaksikan Mohd Nazim Mohd Noor (kanan) pada penyerahan zakat MAIPs kepada 30 orang asnaf kariah Masjid Al Mustaqim, Seriab, Kangar.

Demikian titah Tuanku Raja Muda  selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Mustaqim, Seriab dekat Kangar untuk diagihkan oleh amilnya Rosli Yob, baru-baru ini.

Semua penerima sumbangan akan menerima RM700 setiap seorang.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut  mengingatkan masyarakat sentiasa mengambil iktibar supaya tidak mudah meninggalkan warisan budaya Melayu Muslim dalam usaha mengisi dan mengukir segala corak kemajuan yang akan kita bina.

Titah Baginda, lambakan isu negatif seperti keganasan, bunuh diri, penagihan najis dadah, kehilangan kasih sayang terhadap keluarga dan hakisan nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti ini mampu untuk meruntuhkan nilai moral.

“Di samping itu, ia akan melemahkan jati diri dan juga menghakis warisan budaya kita jika tidak dikawal dengan baik oleh setiap individu mahupun kelompok masyarakat kita sendiri,” titah Baginda. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button