Politik

Prestasi menteri PAS dinilai PM, bukan Nur Jazlan kata Tuan Ibrahim Tuan Man

Menteri dan Timbalan Menteri cap ayam atau cap parang, KPI kan ada!

SITUASI yang agak tegang berbangkit di antara Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Timbalan Ketua UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengharapkan kedua-dua individu ini tidak lupa bahawa rakyat memerhati, bukan setakat akar umbi dalam parti masing-masing, serangan atau berbalas-balas kenyataan yang berlaku kemungkinan menjadi kudis.

Isunya mudah sahaja…. Nur Jazlan sebagai orang luar didakwa membuat penilaian prestasi Menteri dan Timbalan Menteri dari parti PAS yang duduk dalam Jemaah Kabinet Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tuan Ibrahim mungkin tidak melatah, PAS juga tidak melatah tetapi jawapan diberi oleh Timbalan Presiden PAS memang tepat iaitu penilaian prestasi Jemaah Menteri dinilai oleh Perdana Menteri.

Tidak timbul persoalan sindiran cap ayam atau cap parang punya menteri atau timbalan menteri kerana masing-masing yang menganggotai Jemaah Kabinet, mempunyai KPI.

Sedas juga kena ke muka Jur Jazlan apabila Tuan Ibrahim berkata, orang luar yang tidak ada kena mengena tidak perlu buat penilaian melainkan mempunyai kepentingan peribadi.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, Menteri dan Timbalan Menteri yang dipilih telah melaksanakan kerja mereka sebaik mungkin.

“Penilaian prestasi menteri dinilai oleh perdana menteri, bukan orang luar yang tidak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.

“Bagi saya yang berhak menilai ini selain daripada rakyat ialah perdana menteri, tentang Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya.

“Kepada perdana menteri, prestasi-prestasi kita Alhamdulillah, kita menteri dan timbalan menteri PAS adakan pertemuan dengan perdana menteri untuk berkongsi, tukar pendapat apa yang perkara perlu kita baiki hingga setakat ini Alhamdulilah,” katanya menurut laporan Awani.

Semalam, Nur Jazlan menunding jari terhadap kepimpinan PAS yang turut menyebabkan Ismail Sabri perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Kata Nur Jazlan, menteri PAS lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

“Realitinya perdana menteri memang terpaksa pikul segala masalah dan isu negara kerana barisan menteri yang ada dalam kerajaan hari ini memang tak boleh harap.

“Apatah lagi menteri dan timbalan menteri yang dilantik daripada kalangan pemimpin PAS. Semuanya jenis menteri cap ayam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Kata Nur Jazlan lagi, menteri daripada PAS tidak mempunyai kebolehan memimpin dan menguruskan kementerian diterajui namun berlagak mengalahkan menteri Eropah. – SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button