NasionalRencana

Belanjawan 2021: Mungkin berlaku rundingan rakyat

Analisis

TEKANAN yang diberikan kepada kerajaan dalam perbahasan Belanjawan 2021 dilihat sukar dinafikan kerana perjuangannya adalah manfaat kepada rakyat.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya menyokong cadangan dan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, rakyat juga meminta supaya pemberian moratorium secara automatik pusingan kedua diberikan kepada mereka untuk tempoh enam bulan lagi.

Tekanan ekonomi akibat krisis pandemik menyebabkan semua rakyat Malaysia terkesan sama ada kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan sebagainya.

Rakyat juga menyedari permintaan terhadap dua cadangan itu adalah wajar kerana ia dilihat tidak membebankan kerajaan dan merugikan bank.

Segala fakta dan formula juga sudahpun dikemukakan oleh menteri berpengalaman dan pembangkang yang pernah menjadi menteri.

Perbahasan yang dimahukan rakyat dalam Parlimen

Ia logik dan tidak mustahil untuk dilaksanakan, malah rakyat juga dikatakan tidak berharap kepada bantuan kerajaan apabila hendak mengeluarkan simpanan mereka sendiri bagi kegunaan ketika krisis sekarang.

Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan bagaimana caruman yang dikeluarkan balik itu boleh ditampung semula.

Sementara pelaburan KWSP yang terjejas akibat pengeluaran caruman itu dapat dipulihkan balik menerusi pelaburan-pelaburan boleh diberikan kepada badan berkanun itu.

Kesemua itu langsung tidak memberikan alasan kepada kerajaan untuk menolak atau tidak meluluskan pengeluaran KWSP dan moratorium automatik.

Kaitan dengan perutukan Jasa

Tetapi, terdapat satu penyelesaian yang mungkin akan dirundingkan oleh kerajaan kepada rakyat iaitu peruntukan RM81.5 juta untuk menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Waima apa pun namanya nanti, jabatan yang menjadi jentera propaganda kerajaan itu dilihat sangat penting penubuhannya kerana melibatkan peruntukan sangat besar.

Ia juga dikatakan lebih besar berbanding perutukan secara one-off RM500 kepada kakitangan frontliners Kementerian Kesihatan (KKM) sekitar RM50 juta.

Ini kerana, jabatan yang pernah ditubuhkan selama lebih 60 tahun itu hendak dihidupkan kembali selepas dimansuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Oleh demikian, kerajaan pasti ‘berunding’ dengan rakyat menerusi Ahli Parlimen dengan membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off dan pemberian moratorium automatik.

Sementara harga yang perlu dibayar oleh rakyat pula membenarkan kerajaan menggunakan peruntukan RM81.5 juta untuk membentuk semula Jasa.

Rundingan dengan rakyat untuk timbal balik

Ini adalah satu rundingan yang tidak mustahil kerana permintaan rakyat dikata tidak melibatkan dasar kerajaan seperti dibahaskan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Isu KWP dan moratorium ini tidak ada kaitan dengan Belanjawan 2021. Ia tiada kaitan secara langsung. Kerana belanjawan adalah membincangkan pendapatan yang kita ada dan juga bagaimana hendak membelanjakannya.

“KWSP dan moratorium ini isu polisi yang kerajaan boleh umumkan pada bila-bila masa sahaja. Syarat yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen itu adalah tidak mempunyai kaitan dengan belanjawan,” katanya.

Jadi, rundingan rakyat ini mungkin berlaku kerana gerak kerja penubuhan Jasa dilihat sudahpun bermula apabila usaha pencarian pekerja sedang digiatkan.

Bagaimanapun, perbahasan belanjawan masih berbaki beberapa hari lagi sebelum ia diundi oleh Ahli Parlimen untuk diluluskan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button