Hiburan

Bekas penyanyi Mentor TV3, Nabil Zmanhuri meninggal dunia

INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi muda iaitu Nabil Zamanhuri, 37 yang pernah mendapat tempat kedua dalam racangan Mentor pada musim pertama lalu di TV3 pada tahun 2005.

Berita yang sedih ini disahkan oleh ibunya menerusi posting di facebooknya, Fatima Abdullah.

Allahyarham, kini sedang bekerja di Unit Pembangunan Kandungan Bahasa Melayu Astro sejak lima tahun lalu.

Pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).

Dalam lakonan, dia pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).

Nabil bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Adelia Citra Hapsari pada 2014, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, kini berusia tiga tahun.

Artikle Berkaitan :>

Tiada lagi Raja Gelek, M Daud Kilau meninggal dunia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button