Nasional

Bekas menteri kewangan disiasat SPRM atas dakwaan sorok ratusan bilion ringgit

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sedang menyiasat seorang bekas menteri kewangan berhubung pendedahan oleh Pandora Papers mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit.

Memetik laporan BHOnline, difahamkan, menteri berkenaan sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Menurut laporan itu, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu.

Ia termasuk bekas menteri dan individu kenamaan lain serta keluarga mereka, selain kaitannya dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

SPRM juga menyiasat kemungkinan ada hubung kait kewangan yang dimiliki, hasil daripada tender dan projek kerajaan. Setakat ini, tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button