fbpx
Nasional

Bayi lelaki antara tiga maut nahas di Sungai Buloh

TIGA orang termasuk seorang bayi lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Km 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, Sierramas di Sungai Buloh hari ini.

Dua lagi cedera dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata nahas melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Tiga mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.57 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan lanjut mengenai nahas itu. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!