Celoteh
Bayangkan kalau Rosmah yang buat begini
CUBA kita semua bayangkan jika Datin Seri Rosmah Mansor yang buat begini iaitu menggunakan nombor plat kenderaan Isteri Perdana Menteri!
Mahu bergegar satu Malaysia dibuatnya. Bagaimanapun oleh kerana yang buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ramai yang bisa mengampunkannya.
Orang yang paling awal menjadi pembela ialah Datuk Lokman Adam iaitu Pengarah Komunikasi UMNO dan menurut beliau ia bukan salah Wan Azizah, tetapi kesilapan pihak penganjur program rasmi yang berlangsung di Sabah itu.