Politik

Barisan Nasional bakal menang besar di Johor, pemimpin utama berdepan laluan mudah

Berbaki dua hari lagi untuk berkempen, sikap pengundi di Johor dilihat masih mempamerkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut satu kajian sikap yang dilakukan mendapati BN mungkin boleh menang maksimum sehingga 40 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri.

Kajian itu juga mendapati Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang berdepan saingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini, dijangka menang, walaupun kawasan berkenaan dikategorikan sebagai kelabu.

Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat ditentang calon daripada PKR, Khairuddin A Rahim yang memenangi kerusi DUN Senggarang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dua lagi calon bertanding di DUN Rengit ialah Mohd Huzair Lajis yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Calon PN iaitu Mohd Huzair dikatakan mampu membuat kejutan kerana Puad mempunyai kelebihan sekitar 1,000 undi sahaja dan ura-ura bahawa beliau antara calon menteri besar Johor bakal menjejaskan sedikit rendah jentera parti dan sokongan terhadap beliau.

UMNO perlu memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor sebelum membangkitkan isu jawatan Menteri Besar Johor.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad juga dijangka tidak menghadapi masalah untuk memenangi kerusi DUN Benut dengan kelebihan sekitar 3,000 undi.

Benut dikategorikan sebagai kawasan putih, berdepan empat penjuru dan pesaing yang kuat hanya dari Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, manakala calon Pejuang dijangka bakal hilang wang pertaruhan.

Hasni antara yang disebut-sebut sebagai menteri besar apabila BN menang kelak, walaupun beliau menafikan dan menyatakan pelantikan Menteri Besar bukan sesuatu yang mudah kerana ia tertakluk di bawah kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Itu jelas di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri dan saya rasa itu perlu kita hormati.

“Sebagai kaedah pelantikan, syarat-syarat pelantikan semua terkandung dalam undang-undang tubuh negeri terbabit,” katanya selasa lalu.

(Visited 324 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button