Hiburan

Bapa Vanessa mahu kubur anaknya digali, dialihkan

SELEPAS sebulan aktres Indonesia yang mencetuskan kontroversi, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, bapa Vanessa, Doddy Sudarjat nekad mahu kubur anak perempuannya digali dan dialihkan.

Beberapa hari lalu, Doddy dikatakan membuat kenyataan kepada media tempatan bahawa beliau mahu menunaikan wasiat yang dibuat oleh anaknya sebelum meninggal dunia.

Menurut Doddy, wasiat tersebut ialah Vanessa mahu disemadikan di kawasan perkuburan arwah ibunya.

Vanessa dan suaminya Febri atau dipanggil dengan panggilan Bibi telahpun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Umum Islam Taman Malaka, Kacamatan Pesanggarahan di Jakarta Selatan.

Doddy kini mendakwa, Vanessa yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bersama suaminya, meminta agar kuburnya digali dan dialihkan.

“Vanessa mahu kubur baharunya dipindahkan ke kawasan kubur keluarga termasuk ibunya.,” ujar Doddy.

Walaupun hasrat menggali dan mengalihkan ke kubur seperti yang diwasiatkan oleh Vanessa mendapat kritikan orang ramai namun Doddy tidak memperdulikannya.

Beliau mengaku nekad dan mahu memindahkan kubur anaknya dan menyatakan pihaknya siapsiaga menghadapi segala kemungkinan termasuk risiko apabila memindahkan kubur Vanessa kelak.

“Risiko harus diambil. Apapun yang terjadi, kubur harus dipindahkan. Keputusan sudah muktamad. Ini wasiat yang harus saya jalankan, itu amanat,” kata Doddy.

Tegasnya lagi, pihak keluarga yang berhak, keluarganya dan bekas keluarga isterinya sudah tidak keberatan melunaskan amanah itu.

Katanya lagi, Vanessa pernah memberitahunya mahu dikebumikan dalam satu kawasan bersama keluarga sewaktu menziarah pusara ibunya dahulu.

“Vanessa kata kepada saya ketika berada di Karet Bivak, “Dad bias tidak kita punya kubur keluarga kita sama-sama. Nanti kalau aku enggak ada umur, Daddy enggak ada umur, kita bisa sama-sama dengan Mama. Kalau di kampung-kampung ada kubur keluarga,” kata Vanessa dan diceritakan semula oleh Doddy.

Namun dakwa Doddy, hasrat menunaikan wasiat Vanessa tidak dilaksanakan sewaktu anaknya meninggal dunia kerana suaminya, Bibi, juga meninggal.

Kata Doddy lagi, “pada saat itu saya dilemma, saya berfikir cubalah nanti dibincang.

“Dilemanya keluarga Pak Faisal ingin sama-sama, di sisi lain saya ingin kebumikan Vanessa satu liang sama mamanya kerana saya ingat pesanannya.”

Vanessa dan suaminya serta anak mereka, Gala Sky menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu ketika kemalangan berlaku di Surabaya. – detikHOT – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button