Luar Negara

Singapura jadikan lipas sekutu penyelamat di lokasi bencana

JURUTERA di Singapura berusaha untuk menjadikan serangga yang menjengkelkan iaitu lipas sebagai sekutu penyelamat di lokasi bencana.

Lipas dipilih kerana mempunyai kebolehan menyusup masuk ke dalam rumah melalui celahan dan rekahan yang terkecil.

Pasukan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) memilih lipas Madagascar untuk dijadikan sekutu penyelamat kerana lipas dewasa jenis itu mempunyai panjang 6 cm iaitu 2 cm lebih panjang daripada lipas tempatan.

Spesies ini cukup besar untuk Profesor Madya Hirotaka Sato dan pasukannya di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa untuk melengkapkan serangga itu dengan “backpack” 5.5 gram yang terdiri daripada beberapa penderia, termasuk yang boleh memberi amaran tentang kehadiran gas seperti karbon dioksida.

Serangga cyborg juga akan membawa kamera inframerah kecil yang boleh mengesan kehidupan dengan mengambil suhu.

Penyelidikan Prof. Sato itu telah bermula empat tahun lalu dan sedang dijalankan dengan kerjasama Agensi Sains dan Teknologi Pasukan Rumah Singapura (HTX) dan firma kejuruteraan Klass Engineering and Solutions.

Menggunakan algoritma pengesanan manusia, pasukan mendapati bahawa lipas atau pepijat cyborg boleh membezakan antara subjek manusia dan bukan manusia dengan ketepatan 87%.

Pasukan tersebut menganggarkan bahawa kira-kira 500 lipas seperti itu diperlukan di kawasan mencari dan menyelamat berukuran kira-kira 5 kilometer persegi.

Lipas Madagaskar adalah lipas tahan lasak yang mampu bertahan 10 kali lebih banyak sinaran daripada manusia dan hidup sehingga tujuh hari tanpa kepala kerana mereka mampu bernafas melalui spirakel di sisi mereka.

Antara 100 ke 200 daripada lipas hidup ini dimasukkan di dalam bekas dan diletakkan di makmal Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa NTU.

Kemudian, kelembapan dan suhu dalam bekas disesuaikan mengikut habitat semula jadi mereka.

Lipas itu diimport dan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk membesar kepada saiz dewasa.

Dalam prototaip terbaharu, pasukan mula-mula membius serangga dengan karbon dioksida.

Kemudian, lilin di belakang lipas dikikis dengan berhati-hati dan dua elektrod serta cip mikro dilekatkan pada belakangnya.

Mikrokomputer dalam ‘bagpack’ cyborg mengeluarkan isyarat elektrik ke tapak neuromuskular serangga untuk mengarahkan pergerakannya.

Penyelidikan ini masih dalam peringkat pembangunan dengan jurutera berusaha untuk mengoptimumkan cip dan penderia.

Prof Sato berkata, keseluruhan proses pembuatan cyborg sepatutnya diautomasikan dan bebas ralat.

Beliau juga berharap dapat menggabungkan penggunaan sel solar dan sel biobahan api untuk mengecas bateri untuk memanjangkan masa operasi ‘bagpack’ itu.

Cheng Wee Kiang, pengarah Pusat Kepakaran Robotik, Automasi dan Sistem Tanpa Manusia HTX berharap dapat menggunakan serangga cyborg ini di lapangan dalam tempoh lima tahun akan datang.- SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button